Perakaunan

Friday, March 30, 2012

Teladan

Daripada Abu Mas'ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya."

Riwayat Muslim

Wednesday, March 28, 2012

KEPAK 2012

Hari ni nak promosi sikit aktiviti kerajaan johor...

Pada sesiapa di johor yang ingin mencari peluang kerjaya dan perniagaan, marilah sama-sama memenuhkan Persada hujung minggu ni.

Tahun lepas pun saya ada pergi menjengah ke sini, memang banyak peluang-peluang perniagaan terutamanya dari IKS.

Tahun ni pun akan pergi.

KEPAK - Karnival Kerjaya Perniagaan Kemahiran
Tempat: PERSADA Johor
Tarikh: 29/3 - 1/4/2012
Masa: 10pagi - 9malam

Maklumat lanjut bolehlah tgk kat web rasmi kepak

Friday, March 23, 2012

Berkekalan

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa kepadanya."

Riwayat al-Tarmizi

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday #1 - Garang

Ini kali pertama aku menulis 'Wordless Wednesday' kerana hari ini aku takde idea nak berkongsi  di blog.....Jadi 'Wordless Wednesday' versi aku bukan tanpa 'word' tapi kurang 'word' kerana kebiasaannya entry aku akan panjang-panjang.... Tak caya? Boleh jengah sendiri entri-entri saya yang lepas.

Apa yang saya nak kongsikan cuma pasal 'Garang'. Aku dah kira 2 bulan kat tempat kerja baru ni. Masa mula-mula nak kerja kat sini, aku cakap kat adik aku yang kat sini takde siapa kenal aku. Jadi boleh lah aku jadi garang sikit berbanding tempat lama. Tapi kesudahannya, aku memang tak boleh jadi garang kot......huhu.....

p/s: Nanti bila ada anak sendiri dan anak buah mesti nak garang sikit, tapi masih rasa susah nak buatlah......

Monday, March 19, 2012

DO........IT!!!

DO IT or DO IT - Abang Abu Mekanik$
Lakukan atau Lakukan



Ini adalah penyataan paling tepat sebagai kesimpulan dari beberapa entri saya yang lepas.

Kita perlu think big, sikap 'up to me' dan 'fast action' untuk mencapai kejayaan. Setelah mula bertindak, pasti banyak dugaan dan cabaran yang akan kita tempuhi. Ramai di antara kita yang akan tewas disini.

Bagaimana saya tahu? Kerana kegagalan lampau saya semuanya diwaktu begini. Disinilah pentingnya untuk kita menjadi 'DOER', orang yang melaksanakan. Penting untuk kita mempunyai sikap 'DO IT or DO IT'.

Untuk mencapai kekayaan dan kejayaan dalam apa juga bidang, anda tiada pilihan. Anda mesti lakukan apa yang difikirkan dan dirancang. Sudah tenti ianya perlulah mengikut tuntutan syarak dan tidak melanggar undang-undang. Tiada ruang untuk berkata tidak. Juga tiada masa untuk mengalah dan putus asa.

Secara mudahnya anda tidak boleh berhenti mencuba dan melakukannya secara berterusan.. Jika anda berhenti sudah pasti apa yang diimpikan tidak dapat dicapai. Power of Persistence, iaitu istiqamah perlu diterapkan dalam pemikiran kita.

Sebabnya mudah, semakin banyak atau lama anda melakukan sesuatu maka anda akan semakin mahir tentang perkara itu. Dengan istiqamah dan muhasabah/audit diri iaitu menilai bagaimana dan apa yang perlu dilakukan untuk menambah nilai diri dan orang lain maka anda akan berjaya.

Edison pun bersikap 'DO IT or DO IT', dia menemui 1000 cara untuk membaiki ciptaannya sehingga terciptanya lampu. Dia tidak pernah menganggap dirinya gagal, tiada 'Don't do it' dalam ujikajinya.

Jika anda tidak lakukan, 100% pasti anda tidak akan berjaya. Jika anda lakukan tanpa perancangan dan ilmu, peratus kejayaan anda pastinya lebih baik dari tidak mencuba. Jika anda lakukan dengan perancangan, ilmu dan lebih baik jika ada mentor dan sistem pastinya peratus kejayaan anda menghampiri 100%.

Mengambil slogan terkenal sebagai contoh seperti 'Just Do It', 'Impossible is Nothing'. Slogan ini menepati konsep 'DO IT or DO IT' ini. Seperti rakan saya pernah cakap...'Sondol Jer', apa ada hal kan....

'One Certain Way To Fail is Don't Do It' - Anonymous
'If We Don't Start, It's Certain We Can't Arrive' - Zig Ziglar

Apa yang ada nak lakukan sekarang? Meh komen sikit.

p/s: Do It, mana tau DuIt mari jugak........ ;)

Friday, March 16, 2012

Melengah-lengah

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang melambat-lambatkan amalannya; keturunannya tidak akan bersegera untuknya."

Riwayat Muslim

Wednesday, March 14, 2012

"Lu Sapa Nak Nasihat Gua???"

Pernah tak anda dengar ayat tu? Atau yang lebih kurang macam tu? atau anda yang keluarkan persoalan macam tu kat rakan anda?

Saya berada dalam persekitaran yang positif. Jadi memang ramai yang sudi memberikan nasihat secara langsung atau pun tak langsung. Terutamanya di laman sosial, facebook. Saya juga antara yang selalu mengeluarkan status-status berunsurkan nasihat, motivasi dan kadang kala keagamaan.

Mungkin ada yang tidak suka. Mungkin ada juga yang mempersoalkan 'kelayakan' atau kebolehan anda yang mengeluarkan status begini. Ayat seperti 'Poyo ah Mamat ni. Dulu dia lagi teruk. Block ah dia ni.', tak mustahil akan keluar dari mulut mereka.

Tak perlu risau dan tak perlu melatah. Teruskan status-status macam tu. Pada saya, status-status tu bukan untuk orang sangat tapi lebih sebagai ingatan pada diri sendiri. Dah terlanjur belajar sesuatu yang baik, apa salahnya berkongsi dengan rakan-rakan. Untung-untung bila kita melakukan kesilapan, rakan-rakan ini yang akan mengingatkan kita semula.

Saya teringat pula maksud Surah Al-'Asr (Masa) Ayat 1-3, Demi Masa (1) Sesungguhnya manusia dalam kerugian (2) Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihat untuk kesabaran (3)

Jadi bersabar dan teruskan nasihat dan menasihati. Jangan pula risau dan bimbang nak menasihati orang kerana merasa tidak layak dan takut diri melakukan kesilapan dan kesalahan. Sesungguhnya manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan, jadi apabila menasihati ia bukan bermakna kita ini orang yang sangat baik. Tetapi ia bermakna kita sedar tentang perkara yang dinasihati dan cuba untuk tidak melakukannya.

Berkata Ibnu Hazm, "Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorang pun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad s.a.w." (Kitab al-jami'li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi) {Kredit kepada saidinhasnam}

Perlu juga diingat, bahawa nasihat menasihati juga hendaklah mengikut adab-adabnya iaitu:-

  1. Meluruskan niat sebelum menasihati
  2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati
  3. Bersih hati semasa menasihati
  4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara
  5. Memberi waktu dan kesempatan
{Kredit kepada halaqah.net}

Apa pula pendapat anda? Nasihatkan saya juga.

p/s: Tegur dan nasihatkan saya terutama jika saya sendiri tidak mengikut apa yang saya nasihatkan......