To cut short my entry this time, please think and comments the followings based on the title.
There will be time, when...
1) an adviser need a piece of advice,
2) a motivator need some motivation,
3) a friend will need a companion,
4) a clown need a nice joke to laugh,
5) a doctor requested for a day of mc,
6) an auditor need a financial advice,
7) a photographer need his/her picture to be taken,
8) a lover need to be love, and
9) an entertainer need to be entertain.
p/s: there will be time, when i need some time of me......
Tuesday, December 7, 2010
Sunday, December 5, 2010
IMPACT DAY
Pada 2 December yang lepas, syarikat aku telah pun menjalankan satu aktiviti untuk memenuhi 'Corporate Social Responsibility' (CSR). Setiap tahun, syarikat akan mengadakan satu aktiviti 'CSR' dan pada tahun ini syarikat telah memilih untuk berbelanja bersama keluarga yang memerlukan. Pada asalnya, syarikat juga merancang untuk memberikan sedikit bantuan makanan tengah hari untuk hampir 150 keluarga, tetapi akibat sedikit masalah teknikal untuk mengumpulkan kesemua keluarga tersebut aktiviti tersebut terpaksa dibatalkan.
Hasil kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 20 keluarga telah dipilih untuk menerima bantuan. Wakil keluarga akan dibawa oleh rakan-rakan kami, wakil 2 keluarga dalam 1 kereta, untuk berbelanja di 'Giant'. Setiap keluarga diberikan bantuan sebanyak RM200 untuk berbelanja.
Itulah yang kami lakukan pada hari itu, tapi tujuan aku bukan untuk mempromosikan syarikat kami dan apa yang kami lakukan. Tetapi lebih kepada pengertian dan erti disebalik aktiviti itu yang menyentuh aku dan membuatkan aku lebih bersyukur.
Walaupun hanya RM200, bagi keluarga yang susah ianya satu amaun yang sangat bererti bagi mereka. Kebanyakan mereka ini memilih untuk membeli bekalan makanan harian. Dengan RM200 ini boleh juga meringankan beban mereka. Ada juga yang merasa sangat bersyukur dengan bantuan yang diterima dan hanya membelanjakan sehingga RM150 sahaja dan merasa sangat bersyukur dengan bantuan yang diterima.
Keluarga yang dibantu ini datang dari pelbagai latar belakang dan mempunyai banyak kesulitan. Ada yang merupakan ibu tunggal tanpa pendapatan yang tetap dan ada yang mempunyai anak yang ramai. Ada juga diantara anak mereka ini mempunyai komplikasi jantung, bukan seorang tapi dua orang. Apabila menghantar mereka ini dirumah, keadaan rumah mereka juga kelihatan usang dan sempit. Ada juga rumah yang tiada bekalan elektrik. Ya, inilah realiti dalam kehidupan yang bukan hanya boleh dilihat dalam 'Bersama mu' sahaja. Betapa ramainya orang yang memerlukan dalam dunia ini.
Hanya satu yang ku kesalkan, kami tak sempat singgah lama di rumah mereka ini kerana sesuntukan masa. Mungkin ada yang dapat kami lakukan untuk mereka ini jika diberikan kesempatan.
Sedikit sebanyak, aku mendapat kesedaran betapa beruntungnya aku. Ada keluarga yang sempurna, diberikan kesihatan, mempunyai pekerjaan yang tetap, ada rumah yang selesa...banyak la kelebihan yang aku ada. Sesungguhnya aku bersyukur....
p/s: Jikalau aku mampu untuk membina bangunan yang tingginya mencecah awan, sesungguhnya aku lebih mampu untuk membantu mengurangkan kesukaran mereka yang memerlukan ni... pikir2 kan dan selamat membina. ;S

Subscribe to:
Posts (Atom)