Kongsi.....kongsi......

Fish

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday #4 Kahwin

Beberapa gambar yang sempat diambil semasa pergi jemputan kenduri kahwin.

Pelamin Dewan - Kahwin

Perhiasan Majlis Kahwin

Kek Kahwin 1

Kek Kahwin 2

Budak budak di majlis Kahwin

p/s: Semangat tempoh tunang ni....

100 Days Countdown!!!

100 Hari???

Today is the start of my 100 days countdown................huhu

Counting Down

Mixed of feelings.....huhu

Wedding Days

Semua gambar diambil dari Google image.... ;p

Tuesday, May 15, 2012

Cinta Pertama

Ku pernah merasa berkasih,
Tapi tidak ia kesampaian,
Laluku kecewa dan cuba melupakan,
Ku menutup hati dari merasakan cinta.

Tiba masa ku mengenal dia,
Tidak cuba bercinta sekadar bertegur sapa,
Walau tidak bersua namun ku merasa gembira,
Rasa teruja dan ingin berjumpa.

Masa dan lokasi kini dijanji,
Bertemu muka pertama kali,
Hati berdebar, Minda berputar,
Watak di minda seperti di gambar.

Dalam ramai aku mencari,
Dari jauh engkau menyerlah,
Apa digambar jauh sekali,
Ku tergamam dalam keramaian.

Lebih ayu dari digambar,
Lebih comel dari dibayang,
Tutur kata disusun kemas,
Terserlah malu gadis melayu.

Senyuman indah terukir di bibir,
Lirikan mata manja mengoda,
Gerak tubuh terkawal indah,
Sopan dan santun amat dijaga.

Seperti tersedar dari mimpi,
Kini kembali dalam realiti,
Berjumpa gadis seperti fantasi,
"CINTA PERTAMA KUTEMU DIHATI"

Friday, May 11, 2012

Mencintai

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia lebih mencintaiku daripada bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya."
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday #3 Telur Pindang

Telur Pindang sedang di rebus

Pelbagai bahan untuk telur pindang

Telur Pindang baik punyer

Menara Telur Pindang

Telur Pindang

Tuesday, May 8, 2012

Tingalkan?

Siang berganti malam,
Panas berganti hujan,
Musim silih berganti,
Muda pastikan tua,
Hidup pastikan mati,
Siapkah segala persiapan?
Adakah dirimu akan dikenang?
Apakah nilaimu yang bakal diingati?

p/s: Ku pun tak pasti............

Friday, May 4, 2012

Hati

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu." - Riwayat Muslim