Sekarang dah masuk bulan disember pun. Bulan terakhir dalam tahun 2011. Sekarang juga merupakan bulan Muharam yang merupakan bulan pertama dalam tahun hijrah.
Mungkin sekarang ni ramai yang telah melihat dan menilai semula azam mereka pada tahun 2011. Mungkin ada yang dah pun mencapainya. Mungkin juga ada yang merangka-rangka untuk 'recycle' semula azam tahun baru tu.
Aku tak nak komen lebih pasal azam ni, tapi lebih kepada nak muhasabah diri sambil berjalan 'down the memory lane' untuk tahun 2011. Banyak benda yang berlaku sepanjang tahun ni. Banyak suka dan duka. Banyak keputusan-keputusan yang telah aku buat. Aku akui tak semua yang aku usahakan menunjukkan hasil yang baik. Tapi inilah rencah kehidupan, tanpa rasa yang pelbagai; masin, manis, pahit, masam, pedas dan macam-macam rasa yang ada, hidup akan jadi hambar dan tawar. Jadi aku tetap bersyukur dengan pilihan pilihan yang aku dah buat kerana walaupun pilihan tu bukanlah pilihan yang terbaik tapi aku akan pastikan aku dapat sesuatu dari pilihan yang dah aku buat.
Antara sorotan penting yang memberi rencah dalam kehidupan 2011 aku ialah:
1) Januari - Kursus Kenali Potensi Diri 2011
2) April - Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan / Mengenali 'LifeRich'
3) May - MIA Public Practice Program / Menjadi Konsultan Aura 'LifeRich' @ Reiki Practioner
4) June - Advance Marketing Power
5) July - Mendapat Practising License / Menjadi NS-NLP Practitioner
6) August - Bazar Ramadhan, Laksa Johor Stall
7) September - Majlis Pertunangan
8) End of September - Registration of 'Rezduan Bakar Management Consultant' NF1102
9) October - Obtaining Registration Certificate and planning on business with 2 of my partners.
10) November - Completing our company profile brochure and getting our first client
11) December - Menanti episod-episod yang bakal memberikan pelbagai rasa pada ku
Banyak lagi sebenarnya peristiwa yang berlaku, penuh dengan suka dan duka, tawa dan tangis. Namun begitu, renteten-rentetan inilah yang membuatkan kita semakin matang dan belajar supaya lebih bersedia untuk menempuhi lebih banyak cabaran di tahun-tahun mendatang.
p/s: Lagi banyak rencah lagi best. Macam kuah laksa jugak, lagi banyak isi ikan lagi kaw........ ;P