Perakaunan

Monday, September 12, 2011

Raya dan Tunang........................

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan-rakan.

Raya kali ini menjadi lebih bermakna bagi diri ini disebabkan pelbagai perkara..(tidak mengikut sebarang turutan)

Yang pertama, ini kali pertama beraya tanpa mintak cuti tapi boleh cuti panjang. Hehe. Juga berstatus selaku penganggur bertauliah di hari raya.

Yang kedua: Sebelum raya, berstatus usahawan laksa. Boleh lagi kalau nak tempah laksa johor intan yang special...terasa kelazatannya. Ramai yang bagi komen positif sepanjang meniaga di bazaar ramadhan. Tak caya? Anda yang rugi kalau tak sempat rasa. hehe.

Yang ketiga: Beberapa hari sebelum raya dapat email dari Malaysian Institute of Accountant ('MIA') yang permohonan untuk 'Practice Certificate' dah pun dululuskan. Dan...dah dapat pun sijil tu hari jumaat sebelum raya.

Yang keempat: Selepas raya telah menghantar 'firm name search' di MIA dan sekarang terpaksa menunggu....LAGI sebelum boleh mendaftar dan mendapatkan nombor firma.... yeahhhh....

Yang kelima: Betul betul seminggu raya, saya telah meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur untuk projek seterusnya. Walaupun projek ini sedang 'on hold' sementara menunggu maklumat lengkap, namun nampaknya rezeki sentiasa ada untuk saya. Terima Kasih ALLAH.

Yang keenam: Saya telah bertukar status menjadi TUNANG orang. Majlis pertunangan saya dan NORAILA MAMAT telah pun selamat dilangsungkan pada 2 September 2011 di Dungun, Terenganu. Ramai betul yang sudi untuk menyumbangkan masa dan tenaga, tidak lupa juga wang ringgit untuk menghadiri majlis kami. Ramai juga yang memberikan ucapan. Terima Kasih semua.

Teaser Picture For All........

p/s: Happy Thought Bring Happiness....its Law Of Attraction.