Thursday, January 12, 2012
Wednesday, January 11, 2012
Kenapa Aku Mencuri.........
Ya, hari ni aku nak menulis kenapa aku mencuri....
Tak...tak...bukan aku mencuri. Kang tak pasal-pasal pulak polis mai rumah, dok perambat aku kang.
Ni tajuk satu cerita yang ditayangkan oleh Astro tak lama dulu. Ada la kaitan sikit dengan apa yang aku nak bebelkan sebenarnya. Cerita ni mengisahkan tentang seorang pencuri yang ditangkap dan dipukul oleh penduduk kampung lakonan Zul Huzaimi dan Eman Manan. Pada aku, cerita ni nak mengambarkan sisi lain seorang pencuri. Dimana pencuri ini mencuri kerana desakan hidup. Walaupun penduduk kampung mengetahui desakan hidupnya, apa yang penting...
Si A: Kerjasama...
Aku: Apahal lak masuk wonderpet ni.... ha ni makan dia (sambil membuat aksi Nabil memukul spiderman)
Kumpulan B teriak beramai-ramai: belasah dulu.....
Aku: ha..ni makan dia...(sebelum sempat membuat aksi Nabil memukul spiderman) eh...eh..tak..tak... (dalam hati: mentang-mentang korang ramai)
sambung semula....
Apa yang penting, tindakan mencuri tu salah. Ok tu baru geli-geli tu, belum masuk point sebenar entry aku ni.
Point yang berkaitan dengan entry aku ialah kita kena paham dan ambil tahu kenapa pencuri tu mencuri. Bukan nak membenarkan benda yang salah, tapi mungkin..MUNGKIN kalau kita tahu lebih awal tentang desakan hidupnya, kita boleh berbuat sesuatu dan mengelakkan kejadian CURI tu terjadi.
Ini membawa kepada point aku yang seterusnya iaitu..sorry can i write in english, i sound silly when i write in malay...(err and english also) BE IN OTHERS SHOES. Penjelasan ringkasnya, kita kena pakai kasut orang untuk paham orang tu (pastu kena tangkap pasal rembat kasut orang kat masjid..erk). Kita kena berada di posisi seseorang untuk paham tindakan mereka. Ini kerana perjalanan hidup kita tak sama, cara kita dibesarkan tak sama, nilai hidup yang diterapkan dari kecil tak sama, kita tak makan sama-sama satu dulang masa sambutan maulidur rasul kat sekolah dulu..(erk lagi).Jadi tak mungkin kita paham 100% apa yang orang lain pikirkan.
Kalau nak gunakan metafora kasut tadi, walaupun kita nak pakai kasut orang tu. Mungkin juga kita tak betul-betul muat, mungkin besar/longgar dan mungkin juga kecil/ketat. Kata la muat-muat, memang padan sungguh, (cantiknya kasut.....) mungkin jenis kasut tu bukan jenis yang kita pakai. Mungkin high heel, stiletto, boot bola dan sebagainya...mungkin jugak kasut tu kotor atau koyak atau ada banyak corak-corak. Jadi tak mungkin kita akan betul-betul paham pandangan orang lain. (Cuba baca pandangan penulis ni ha..yang ni betul english ye..Be in Others Shoes)
Ini membawa kepada point aku yang terakhir BERSANGKA BAIK. Yang ni aku malas nak komen bebanyak, jadi aku masukkan kata-kata yang aku 'kopi' dari fb ni:
Mari ber"husnudzon" (bersangka baik).. :)
Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik
... Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela
Mana kita tahu ... Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana kita tahu ... Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah
Mana kita tahu ... Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya
Mana kita tahu ... Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana kita tahu ... Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

Dan satu lagi adalah nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang cerdik sungguh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia cerdik sungguh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

(Kredit kepada Halaqah,Net)
Tuesday, January 10, 2012
Sunday, January 8, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)