Hari ini dalam perasaan 'monday blues'...huhu, di tambah pula sedikit 'fatigue' kerana perjalanan dari dungun pagi malam tadi dan sampai dalam pukul 5 pagi tadi (Jangan tanya untuk apa, kalau rajin akan di jadikan entri lain nanti). Maka pelayaran laman sesawang melebihi hari-hari biasa..hehe (Maaf bos....hehe)
Dalam pada itu saya tertarik untuk membaca satu entri daripada saudara Aqif Azizan mengenai satu program menderma untuk anak yatim. Boleh rujuk entri penuh beliau: Disayang tuhan kerana menjadi hamba penderma projek sehelai baju buat menyapu si air mata.
Pada kebiasaannya, derma dan pemberian kepada anak-anak yatim semakin banyak dilakukan apabila sampai bulan ramadhan. Ada yang membuat jamuan berbuka puasa dan ada juga yang memberikan duit raya / wang saku.
Program Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata juga merupakan program melibatkan anak yatim untuk hari raya tetapi dengan sedikit kelainan. Sebenarnya ini merupakan tahun ketiga program ini dilaksanakan.
Kelainannya adalah dari segi sumbangan yang diharapkan dari orang ramai iaitu 'BAJU BARU'. Wang tunai tidak diterima. Pakaian terpakai juga tidak diterima. Pada saya ini satu kelainan yang bagus. Tujuan mereka mengaturkan sedemikian juga bagus. Yang pertama, supaya tiada isu penyelewengan wang tunai berlaku. Yang kedua, memastikan anak-anak yatim ini mendapat baju baju untuk hari raya nanti.
Marilah kita sama-sama menyokong program ini walaupun dengan hanya menyebarkan program ini kepada lebih ramai orang. Maklumat penuh boleh rujuk laman web mereka: http://sehelaibaju.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment