Perakaunan

Tuesday, July 23, 2013

Demi Pena, Kini Aku Seorang Penulis

     Pada 11 Ramadhan 1434 bersamaan 20 Julai 2013 berlangsungnya satu fenomena dalam dunia penulisan. Saya berbangga menjadi sebahagian dari fenomena ini. Fenomena bersejarah di dalam Wisma Sejarah, mengabungkan seramai 120 penulis dan bakal penulis di dalam Konvensyen Mini Penulisan 2013.

Konvensyen Mini Penulisan 2013
Konvensyen Mini Penulisan 2013


         Konvensyen Mini Penulisan (KMP) yang hanya Mini pada nama tetapi Mega pada pengisian. KMP ini dianjurkan oleh Sekolah Penulisan Nuun bersama Akademi Hero dan Kursus Penulisan.com. Hasil kerjasama Cikpuan Azzah Abdul Rahman dan Tuan Zamri Mohamad bersama rakan-rakannya mendapat sambutan yang hebat.

     Panelis yang meluangkan masa dalam memberikan ilmu juga bukan calang-calang. Pastinya peserta beroleh ilmu yang bernilai dalam masa beberapa jam bersama.

Panelis-panelis yang terlibat ialah
  1. Tuan Rohidzir Rais, Pendakwah dan Penulis;
  2. Tuan Abdul Latip Talib, Novelis Sejarah No. 1 Malaysia;
  3. Tuan Wahyudi Mohd Yatim, Usahawan Buku;
  4. Puan Sri Diah Shaharuddin, Grup Buku Karangkraf;
  5. Puan Norhayati Razali, Kota Buku;
  6. Tuan Nazry Salam, Pekomik;
  7. Cikpuan Azzah AR, Akademi HERO;
  8.  Tuan Zamri Mohamad, KursusPenulisan.com;
  9. Tuan Aqif Azizan, Write To Wealth; dan
  10. Ustaz Fathuri Salehuddin, Pendakwah dan Penulis;

          Kemudian disertakan pula oleh Forum untuk menyerang dunia penulisan dikendalikan oleh moderator Puan Muna ‘Izzah Fadzil dengan panel disertai oleh Tuan Izwan Wahab ‘Robotys’, Tuan Zamri Mohamad dan Cikpuan Azzah Abdul Rahman.

            Antara aktiviti yang menarik di dalam KMP ialah ‘Penulis Mencari Penulis’ dan juga ‘Match Making’ di antara penulis dan penerbit.
      
       Yang pastinya, para peserta sangat bersemangat, namun jawatankuasa lebih bersemangat menjalankan tugas. Terima kasih kepada pihak penganjur, panelis-panelis, rakan penulis (termasuk bakal penulis) dan juga ahli jawatankuasa. 
      
      Semoga kita bertemu bersama buku-buku anda semua pada Konvensyen ‘Bukan Lagi Mini’ Penulisan 2014.

2 comments:

  1. insya Allah.. bertemu satu bumbung lagi tahun hadapan, tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah.
      Maaf tidak sempat bertegur sapa dengan cikpuan.
      Berharap boleh pergi bersama buku-buku karya sendiri tahun hadapan. :-)

      Delete