Akhirnya aku menulis jugak pasal Piala Dunia tahun ni. Pusingan kalah mati memberikan banyak kejutan-kejutan kepada semua penonton piala dunia (penonton sebab bukan semua orang yang tengok piala dunia ni minat bola sepak pun.... hehe).
Perlawanan pertama: Brazil vs Belanda
Brazil mendahului dengan 1 gol di separuh masa pertama, kawalan bola yang baik, pertahanan yang teguh. Tapi di separuh masa kedua menyaksikan kegagalan pasukan. Gol pertama belanda, hasil hantaran jauh Sneider. Hantaran yang cantik tapi sebab utama gol itu adalah kegagalan komunikasi yang baik antara Melo dengan penjaga gawang. Pertahanan brazil juga semakin kucar kacir atau pun mungkin juga penyerang dan ‘midfielder’ belanda semakin tajam serangannya. Kehilangan Melo akibat kad merah menambah kepincangan pasukan brazil. Pemain brazil juga semakin baran dan melepaskan perasaan marah dan tekanan mereka kepada pemain pasukan lawan dan pengadil.
Sebelum perlawanan pasukan brazil telah pun dijulang sebagai bakal pemenang piala dunia tahun ni. Belanda menjadi pasukan ‘underdog’ secara tiba-tiba. Mungkin juga brazil terlalu yakin.
Perlawanan kedua: Uruguay vs Ghana
‘Hand of god 2’. Ghana juga pasukan ‘underdog’ dalam pusingan ni. Tapi mereka memberikan pasukan lawan tugas yang amat sukar. Malah mereka patut menang dalam perlawanan ni jika bukan ‘hand of god 2’ dari suarez. Malah suarez tidak malu malu mengaku dia sengaja menggunakan tangan.
Perlawanan ketiga: Argentina vs Jerman
Maradona dengan gah mewar-warkan pasukannya lebih baik dari jerman. Memang argentina menjadi pasukan pilihan dalam perlawanan ni. Dengan kehadiran Messi selaku pemain terbaik dunia dan Maradona selaku pengurus dan merupakan pemain legenda tak berupaya melemahkan jerman. Memang dilihat argentina mempunyai lebih banyak penguasaan bola tapi mereka nampak lemah dari segenap segi. Serangan-serangan tanpa penyudah dan pertahanan yang rapuh. Jerman pula lebih banyak bertahan dan lebih banyak melakukan ‘counter attack’ tapi mereka mempunyai persefahaman yang baik dan penyudah yang baik. Walaupun tanpa jaringan cantik, jaringan lebih penting dari cantiknya hantaran tanpa jaringan. Jerman menang besar bukan sekadar menang.
Perlawanan keempat: Paraguay vs Sepanyol
Tak banyak boleh dikatakan lebih kerana aku tak tengok pun perlawanan ni. Tapi atas kertas sepayol lebih gah dan aku jangka lebih banyak gol. Tapi penyerang yang menjadi rebutan, Villa hanya mampu menjaringkan satu gol.
Berdasarkan 4 pasukan yang tinggal, aku merasakan Belanda dan Jerman akan ke ‘final’. Tapi Jerman akan berdepan halangan yang lebih sukar.Tapi tak mustahil lebih banyak kejutan dari piala dunia akan berlaku.
p/s: Malaysia perlukan paling tidak pun 2 piala dunia lagi sebelum mampu ke pusingan akhir. Tapi masih bangga dengan Jepun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment