Perakaunan

Thursday, July 1, 2010

'Kalau sorang xleh keje dgn ko, mungkin org tu xbagus. Tp kalau ramai xleh keje dgn ko, ko la yg xbagus.................'

Lama tak menjengah blog sendiri. Ada kawan2 yg dah mula menulis, lebih aktif dari aku. Akhirnya aku dapat mencari dan menguatkan semangat untuk menulis.

Semalam genap sebulan aku di tempat keje baru. Walau pun semakin sibuk tapi aku tak kisah sangat. Mungkin sebab aku dah pun menjangka kesibukan ni. Sampaikan semalam aku sampai rumah kul 7 lebih, orang bertanya pulak kenapa aku balik awal. Hehehe.

Semenjak bekerja di tempat baru ni, aku mula berkira-kira dah berapa tempat aku bekerja. Termasuk kerja sambilan masa tunggu result SPM dulu dah 6 tempat aku kerja dan 6 kali jugak aku ‘resign’ atas sebab tertentu. (6 tempat keje je sebab aku balik tempat keje lama....huhu)

Dalam banyak tempat kerje dan banyak kerja dengan pelbagai ragam orang tu aku terpikir satu perkara..... 'Kalau sorang xleh keje dgn ko, mungkin org tu xbagus. Tp kalau ramai xleh keje dgn ko, ko la yg xbagus.................'

Mungkin ada yang setuju, mungkin juga ada yang tak setuju. Bagi aku dalam kerja memang la selalu ada perbezaan pendapat dan selalu berselisih pendapat tapi selagi ia tak mengganggu hal-hal di luar tempat dan waktu kerja aku tak amik port langsung. Tapi kalau semua orang atau hampir semua orang tidak bersependapat dan berselisih faham dengan seseorang, aku rasa orang tu yang perlu menilai dan mengkaji samada sikap, perangai, tindakan dan juga kepimpinan orang tu betul.

Aku pun cuba menilai diri sendiri tentang perkara ni. Ye, aku pun pernah tak suka dengan ‘superior’ aku dan juga ‘subordinate’ aku. Tapi aku rasa kebanyakan orang boleh bekerja dengan baik dengan aku. Kalau ‘superior’ tak suka aku sorang, maksudnya aku ada buat salah dengan ‘superior’ tu. Jadi aku kena ubah sikap aku. Tapi kalau semua orang tak suka ‘superior’ tu, aku ubah muka aku pun belum tentu ‘superior’ aku akan suka kat aku.
Macam tu juga dengan ‘subordinate’ aku, kalau aku sorang je tak suka ‘subordinate’ tu, mungkin maksudnya aku yang tak betul. Ermmm, entah la. Macam macam orang kat dunia ni dan aku tak mungkin boleh puaskan hati, suka, senangkan hati semua orang.

p/s: Tak payah puaskan hati semua orang........ ;-)

No comments:

Post a Comment