Perakaunan

Monday, September 24, 2012

Untuk 3 Hari...Review/Spoiler Filem


Ini merupakan filem pertama kami sebagai suami isteri, jadi mungkin saya sedikit ‘ selective’ dalam pemilihan filem supaya ia dapat menjadi kenangan yang manis. Memang menjadi kebiasaan saya yang akan memilih filem untuk tontonan kami. Asalkan bukan cerita seram…hehe, Sayang saya pasti bersetuju dengan pilihan saya.

Ala, senget pulak

Ada dua sebab utama kenapa saya memilih filem ini sebagai filem kami iaitu:
  1.  Filem ini berkisarkan mengenai perkahwinan yang bersesuaian dengan status baru kami.
  2. Filem arahan dan lakonan Afdlin Shauki memang selalu saya nantikan. Merupakan pengarah kesukaan saya.

Erm..ini kali pertama rasanya saya membuat ulasan filem. Diharap ia dapat beri sedikit gambaran kepada rakan-rakan yang ingin menonton nanti.

Bukan hak saya, saya pinjam je..

Mengisahkan pasangan kekasih Zafrin dan Ujie yang berkahwin dengan orang lain iaitu pilihan keluarga masing-masing.  Mereka berjanji untuk bercerai dan meminta cerai selepas tiga hari berkahwin.  Pelbagai situasi yang berlaku sepanjang 3 hari sehingga mereka mula berfikir samada perjanjian mereka ini perlu diteruskan.

Ulasan yang bukan sinopsis

AMARAN: Mungkin mengandungi ‘spoiler’…Eh, bukan mungkin tapi memang mengandungi ‘spoiler’, jadi berhenti membaca bagi yang tidak menyukai ‘spoiler’.

Di permulaan cerita, digambarkan Afin dan Ujie sedang bersiap untuk majlis perkahwinan mereka, sambil saling ber’SMS’. Sehinggalah majlis akad berlangsung dan upacara batal air sembahyang nak di buat, barulah penonton dapat lihat yang mereka berkahwin dengan pasangan yang berlainan.

Kemudiannya, penonton di bawa melihat perbincangan di antara Afin dan Ujie enam bulan sebelumnya mengenai perkahwinan dengan pasangan pilihan keluarga dan perjanjian yang dibuat oleh mereka. Penonton juga di bawa untuk mengimbau memori cinta lama Ujie bersama Remy (lakonan Zizan Razak) yang mungkin menyebabkan dia tidak sanggup untuk melepaskan cintanya sekali lagi dan melihat cinta hatinya berkahwin dengan orang lain. Memori cinta zaman sekolah Afin bersama Balqis (lakonan Dira) juga ditunjukkan untuk menguatkan lagi desakan ke atas Afin supaya bersetuju berkahwin dengan pilihan keluarganya.

Kemudian, di tunjukkan pula keadaan Afin dan Juwita juga Ujie dan Armi dalam menjalani kehidupan dalam masa 3 hari seperti yang dijanjikan mereka. Pelbagai kejadian lucu yang berlaku dalam usaha Afin dan Ujie mengelak dari ‘bersama’ pasangan mereka. Di hari ketigalah keadaan menjadi lebih tegang apabila mereka cuba untuk melaksanakan perjanjian mereka iaitu bercerai dengan pasangan masing-masing.

Afin digambarkan menjadi lebih marah apabila menemui mak Balqis, kekasih lamanya dan mengetahui bahawa mak Afin lah yang menyebabkan mereka terpisah dulu. Sehingga akhirnya Afin telah bertindak bodoh dengan menceraikan Juwita, isterinya dengan talak tiga.

Ujie pula menjadi serba salah apabila menerima layanan yang baik dari Armi pada pagi hari ketiga. Armi telah membawa Ujie ke sebuah rumah yang sedang diubahsuai yang rupakan rumah untuk mereka tinggal nanti. Di sana juga telah tersedia makanan untuk mereka berdua. Apabila Ujie menceritakan tentang hal dia dan Afin, Armi tidak bertindak gila atau marah-marah tapi masih cuba untuk menasihati Ujie sehinggalah Ujie terpikat dan tidak meminta cerai dari Armi.

Babak akhir merupakan babak di mana Afin mencari Ujie sehingga ke KLIA apabila mengetahui Ujie tidak mahu bercerai dan mahu ke Jepun untuk berbulan madu. Di situ lah Afin cuba memujuk Ujie tetapi Ujie sudah tidak dapat menerima Afin lagi.

Erm..pelik pulak (Bahagian di mana saya menyuara beberapa adegan/jalan cerita yang tak berapa nak ‘link’)
Mak Afin marahkan Balqis kerana kononnya menghasut anaknya sehingga tidak mahu belajar di Harvard. Tapi kemudiannya kita ditontonkan yang Afin cuma belajar di Segi College (boleh dilihat dalam babak dimana Afin mengorat Ujie dengan bantuan kawan-kawannya) dan Balqis yang pergi belajar di Harvard?

Watak kesukaan: Armi – Si gemuk yang nampak keras (Macam nerd pun ada) dengan perempuan pada awal cerita, nampak kool ketika babak menari ‘popping’ rasanya (one of hip hop dance skill), romantik dengan ‘soft side’ yang boleh meruntun jiwa semasa di rumah yang belum siap (hari ke tiga).

Dialog paling di ingati: Banyak dialog menarik sebenarnya dalam filem ni…saya cuba senaraikan tapi mungkin tidak setepat dialog sebenar….

Dari Armi: “Belum sedia, belum sedia, aku dah macam kungfu panda ni” – menarik sebab mata armi yang lebam kerana latahan mak mertua dengan badan afdlin memang ada rupa kungfu panda.

Armi kepada ujie: (Sebenarnya tak berapa ingat dialog sebenarlah..kalau tengok lagi kena bawak kertas nak tulis dialog romantic ni..huhu)

“Peristiwa 2 hari sebelum ni (merujuk kepada majlis nikah mereka), merupakan hari paling penting (ke hari paling diingati eh..tak ingatlah) dalam hidup saya. Hari itu jadi hari awak jadi orang yang paling penting dalam hidup saya.“
“Betul ke cinta tu akan bawa bahagia pada awak sedangkan cinta tu yang membawa awak kepada situasi sekarang? Mungkin apa yang berlaku sekarang ni cuma nak temukan kita.”

Juwita kepada Afin (dialog gatal sebenarnya, tapi ‘I like’..hehe)

“Abang pergilah mandi. Saya dah mandi sebenarnya. Tapi kalau abang nak saya tolong….”
“Mana ada menara dekat sini. Bukit adalah.” – menjawab dialog Afin yang mimpi ngeri tentang ‘menara’.

Ayah Afin kepada Afin:
“Engkau yang bertanggunjawab atas segala pilihan yang engkau buat” – menjawab kembali dialog Afin yang menyalahkan mak dia atas segala yang berlaku.

Ujie kepada Afin:
“Cinta yang tidak pernah Afin cuba pertahankan?” – membalas dialog Afin apabila Afin cuba mengingatkan Ujie tentang cinta dan perjanjian mereka.

Babak ‘best’:
1. Persembahan ghazal di majlis perkahwinan, lagunya best-best - nampaknya Afdlin cuba memaparkan budaya melayu dalam filem, caya la bro..
2. ‘Dance Battle’ – Armi melakukan ‘popping’ selepas dua battle crew menunjukkan aksi masing-masing. Afin yang cemburu melihat riak Ujie yang terperanjat/tertarik cuba melakukan dance move sehingga sakit pinggang. - menunjukkan musik moden pula, you best bro..
3. Nyanyian lagu ciptaan Armi oleh Armi sendiri diiringi Acapella oleh bung-bung kontraktor rumah.
Banyak sebenarnya babak menarik, saya bagi sikit-sikit sudah la…hehe

Pengajaran:
1. Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Kalau pun kahwin atas pilihan keluarga, bila dah kahwin perlulah dipertahankan perkahwinan itu.
2. Segala yang kita nak buat perlulah difikirkan semasak-masaknya.
3. Bertanggungjawab lah atas kehidupan anda sendiri.


Isteri saya yang comel..

Rating:
Hiburan - 5 Popcorn dari 5 Popcorn
Blockbuster – 4 Bintang dari 5 Bintang
Tengok Lagi? – Nak, nak, nak…dari 3 Nak. ;p

Lakonan:
Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Vanidah Imran, Ayu Raudhah, Zizan Nin, Dira Abu Zahar, Ainul Aishah, Zizan Razak dan ramai lagi

Tuesday, September 18, 2012

Don't Say Any Word

Siapa menonton Super Spontan mesti tahu sangat dengan ayat 'Punchline' Ropie ni. Kadang-kadang terpikir juga ayat Ropie ni memang bagus juga diamalkan. Apa pula pendapat orang ramai mengenai ayat ini? Saya ada pendapat sendiri mengenai ayat ini.

Gambar ihsan Google dan Murai

Kalau tak ada yang baik atau berfaedah, tak perlulah bercakap. Kalau boleh menyakitkan hati orang, janganlah cakap. Kalau tiada bukti, fakta, tak payah bersuara, nanti dikira fitnah pula kan.

Orang dulu-dulu kata 'diam-diam ubi, berisi', maksudnya orang yang diam tu 'mungkin' lebih banyak ilmu dari orang yang banyak cakapnya. Tapi jangan lupa pula, 'malu bertanya, sesat jalan'. Kalau dah tak tahu bertanyalah, orang tak gelak pun. Tapi kalau dah 'sesat' pun tak nak tanya lagi, 'kompom' orang gelak.

Perlu diingat juga, kalau 'masuk kandang kambing, mengembek; masuk kandang harimau, mengucap' hehe... Kalau dalam majlis keramaian, jumpa dengan ramai orang, jangan pula nak jadi 'ubi' yang kononnya 'berisi'. (Kartunis Ubi takpe...). Sampai tak nak bergaul dan berbual dengan orang. Kenalah 'mengembek' sikit.

Credit to Google


Cuba ikut rentak orang yang berbual tu, cari ruang positif mengenai topik yang dibincangkan. Jangan pula nak bergosip. Kalau tak setuju sangat-sangat dengan pendapat orang lain, dari bergaduh, baiklah senyap. Cuba tukar topik atau kalau susah sangat pergilah 'tandas'. Maksud saya, beredar je lah ke tempat lain.

p/s: Sakit hati (satu lagi punchline Ropie)

Friday, September 7, 2012

Akhirnya....


Lama betul tidak menulis di dalam blog ni, sampaikan kena buang dulu sawang yang ada.

Kali terakhir menulis, seminggu di bulan Ramadhan. Sekarang raya pun dah nak habis. Banyak sangat rasanya yang terjadi sepanjang ‘ketidakmenulisan’ ini. Jadi hari ini saya cuma nak meringkaskan entri sahaja, di masa lapang yang lain ada kemungkinan peristiwa-peristiwa yang besar akan jadikan entri yang panjang lebar.

Mungkin ramai yang dah tahu, bulan puasa tahun ini kami sekeluarga tidak berniaga di Bazar Ramadhan. Terdapat beberapa sebab antara yang utama ialah:  1) Saya sudah mula bekerja sepenuh masa semula, jadi tiada orang yang membantu buka gerai pada jam 3.30 petang. 2) Kami sekeluarga dah mula sibuk menguruskan majlis yang lebih besar.

Sambutan raya kami tahun ini juga lebih bersederhana tetapi masih lagi meriah. Tahun ini seperti biasa kami masak ketupat dan ketupat palas beserta dengan lauk ayam masak merah, daging rending dan kuah kacang. Keinginan nak masak burasak tidak kesampaian kerana faktor masa, dan yang lebih utama, kekurangan daun pisang yang diperlukan untuk memasaknya.
Gambar keluarga tanpa sorang adik yang beraya bersama mentua

Keluarga besar Mak Jah + Kami

Pada raya ke enam, kami sekeluarga bersama keluarga Mak Jah, (makcik saya bersama anak-anak dan cucu-cucu) telah memulakan perjalanan untuk satu lagi peristiwa besar dalam hidup saya. Kami telah memulakan perjalanan ke Dungun, Terengganu untuk majlis pernikahan dan resepsi.

'Mereka' dah sedia untuk berjalan


Secara rasminya, pada 24 Ogos 2012M bersamaan 7 Shawal 1433H, dengan satu lafaz saya telah sah menjadi suami kepada Nor Aila Binti Mamat. Majlis Resepsi kemudiannya berlangsung pada hari sabtu 25 Ogos 2012.

Setelah beberapa hari menetap di Dungun dengan status Suami, Menantu dan Ipar, kami suami isteri bergerak menuju ke Johor Bahru untuk persediaan majlis bertandang di rumah saya pula. Dan pada hari sabtu yang lalu, berlangsunglah majlis yang seadanya di Kangkar Tebrau.

p/s: Maaf gambar belum siap untuk disertakan bersama entri kali ini…..