Lama betul
tidak menulis di dalam blog ni, sampaikan kena buang dulu sawang yang ada.
Kali
terakhir menulis, seminggu di bulan Ramadhan. Sekarang raya pun dah nak habis.
Banyak sangat rasanya yang terjadi sepanjang ‘ketidakmenulisan’ ini. Jadi hari ini saya cuma nak meringkaskan
entri sahaja, di masa lapang yang lain ada kemungkinan peristiwa-peristiwa yang
besar akan jadikan entri yang panjang lebar.
Mungkin
ramai yang dah tahu, bulan puasa tahun ini kami sekeluarga tidak berniaga di
Bazar Ramadhan. Terdapat beberapa sebab antara yang utama ialah: 1) Saya sudah mula bekerja sepenuh masa
semula, jadi tiada orang yang membantu buka gerai pada jam 3.30 petang. 2) Kami
sekeluarga dah mula sibuk menguruskan majlis yang lebih besar.
Sambutan
raya kami tahun ini juga lebih bersederhana tetapi masih lagi meriah. Tahun ini
seperti biasa kami masak ketupat dan ketupat palas beserta dengan lauk ayam
masak merah, daging rending dan kuah kacang. Keinginan nak masak burasak tidak
kesampaian kerana faktor masa, dan yang lebih utama, kekurangan daun pisang
yang diperlukan untuk memasaknya.
Gambar keluarga tanpa sorang adik yang beraya bersama mentua
Keluarga besar Mak Jah + Kami
Pada raya
ke enam, kami sekeluarga bersama keluarga Mak Jah, (makcik saya bersama
anak-anak dan cucu-cucu) telah memulakan perjalanan untuk satu lagi peristiwa
besar dalam hidup saya. Kami telah memulakan perjalanan ke Dungun, Terengganu
untuk majlis pernikahan dan resepsi.
'Mereka' dah sedia untuk berjalan
Secara
rasminya, pada 24 Ogos 2012M bersamaan 7 Shawal 1433H, dengan satu lafaz saya
telah sah menjadi suami kepada Nor Aila Binti Mamat. Majlis Resepsi kemudiannya
berlangsung pada hari sabtu 25 Ogos 2012.
Setelah
beberapa hari menetap di Dungun dengan status Suami, Menantu dan Ipar, kami
suami isteri bergerak menuju ke Johor Bahru untuk persediaan majlis bertandang
di rumah saya pula. Dan pada hari sabtu yang lalu, berlangsunglah majlis yang
seadanya di Kangkar Tebrau.
p/s: Maaf gambar belum siap untuk disertakan
bersama entri kali ini…..
No comments:
Post a Comment