Pada
11 Ramadhan 1434 bersamaan 20 Julai 2013 berlangsungnya satu fenomena dalam
dunia penulisan. Saya berbangga menjadi sebahagian dari fenomena ini. Fenomena bersejarah
di dalam Wisma Sejarah, mengabungkan seramai 120 penulis dan bakal penulis di
dalam Konvensyen Mini Penulisan 2013.
Konvensyen Mini Penulisan 2013 |
Konvensyen
Mini Penulisan (KMP) yang hanya Mini pada nama tetapi Mega pada pengisian. KMP
ini dianjurkan oleh Sekolah Penulisan Nuun bersama Akademi Hero dan Kursus
Penulisan.com. Hasil kerjasama Cikpuan Azzah Abdul Rahman dan Tuan Zamri
Mohamad bersama rakan-rakannya mendapat sambutan yang hebat.
Panelis
yang meluangkan masa dalam memberikan ilmu juga bukan calang-calang. Pastinya
peserta beroleh ilmu yang bernilai dalam masa beberapa jam bersama.
Panelis-panelis
yang terlibat ialah
- Tuan Rohidzir Rais, Pendakwah dan Penulis;
- Tuan Abdul Latip Talib, Novelis Sejarah No. 1 Malaysia;
- Tuan Wahyudi Mohd Yatim, Usahawan Buku;
- Puan Sri Diah Shaharuddin, Grup Buku Karangkraf;
- Puan Norhayati Razali, Kota Buku;
- Tuan Nazry Salam, Pekomik;
- Cikpuan Azzah AR, Akademi HERO;
- Tuan Zamri Mohamad, KursusPenulisan.com;
- Tuan Aqif Azizan, Write To Wealth; dan
- Ustaz Fathuri Salehuddin, Pendakwah dan Penulis;
Kemudian disertakan pula oleh Forum untuk menyerang dunia
penulisan dikendalikan oleh moderator Puan Muna ‘Izzah Fadzil dengan panel
disertai oleh Tuan Izwan Wahab ‘Robotys’, Tuan Zamri Mohamad dan Cikpuan Azzah
Abdul Rahman.
Antara aktiviti yang menarik di dalam KMP ialah ‘Penulis
Mencari Penulis’ dan juga ‘Match Making’ di antara penulis dan penerbit.
Yang pastinya, para peserta sangat bersemangat, namun
jawatankuasa lebih bersemangat menjalankan tugas. Terima kasih kepada pihak
penganjur, panelis-panelis, rakan penulis (termasuk bakal penulis) dan juga
ahli jawatankuasa.
Semoga kita bertemu bersama buku-buku anda semua pada
Konvensyen ‘Bukan Lagi Mini’ Penulisan 2014.