Walaupun kali terakhir entri blog ni pada bulan November (lama tu), bukan bermaksud saya dah tak mahu menulis lagi. Banyak perkara yang berlaku di antara November dan Januari. Perkara perkara yang bakal membentuk siapa diri ini pada tahun 2013.
Dalam pada itu, tidak pula dilupakan bahawa lebih banyak perkara berlaku diantara Januari dan November tahun 2012. Banyak kebaikan, kesusahan, kesenangan, kesusahan, kegembiraan dan kesedihan yang perlu disyukuri berlaku. Ya, semuanya perlu disyukuri kerana ia membentuk siapa diri ini.
Antara perkara yang mahukan saya 'tinggilampu'kan (Oppps..baca highlight) yang berlaku sepanjang tahun lepas ialah:
- Tutup perniagaan - Apa berlaku? Menghadapi pelbagai cabaran yang tidak dijangka, Juga akibat kurang berhati-hati. Syukur? Kerana saya dapat mempelajari apa itu perniagaan dan juga mengetahui pengurusan sebuah perniagaan. Jadi saya lebih memahami dan boleh lebih bersedia apabila mahu mula berniaga semula.
- Bekerja semula - Apa berlaku? Mula berkerja pada bulan Februari. Syukur? Dapat menimba pengalaman dan belajar menguruskan perniagaan dari pemilik firma audit ini. Juga dapat mengumpul wang untuk perkahwinan.
- Berkahwin - Apa berlaku? Sah menjadi suami kepada Nor Aila Mamat pada 6 Shawal 1423H bersamaan 24 Ogos 2012M. Syukur? Dalam menghadapi kesukaran, niat baik saya tertunai untuk berkahwin.
- Jadi Abah - Apa berlaku? Bukan saya yang dapat anak, tapi adik. Tapi kerana suami dia dipanggil papa, jadi panggilan 'Abah' khas untuk saya. Yeah! Syukur? Mestilah, dah jadi pakcik.
- Sambung belajar - Apa berlaku? Bukanlah sambung ambil master atau ijazah kedua. Bukan juga sijil professional berkaitan perakaunan. Tapi sebenarnya saya sambung ambil Master dalam 'Neuro-Semantics, Neuro-Linguistic Programming'. Apa tu? Kena tunggu entri lain. Hehe. Syukur? Dapat sambung belajar mestilah syukurkan.
- Pembelian domain dan hosting yang pertama - Apa berlaku? Bermulanya era blogging di platform berbayar. Saya mengambil hosting di Netkl dan mendapat domain percuma. Jenguk-jenguklah blog baru saya yang lebih fokus kepada kerjaya saya di www.rezduanbakar.com. Syukur? Bermulanya blogging secara serius untuk kerjaya.
Selari dengan itu, saya akan me'naiktarikh'kan (Oppps..baca update) 101 impian saya dalam entri selepas ini.
Dengan tamatnya 2012 dan bermula 2013, terdapat banyak impian yang ingin saya capai. Antara impian tahun ini ialah:
- Menulis buku fizikal dan juga buku elektronik berkaitan dengan segala ilmu kewangan, perakaunan, perniagaan, inspirasi, kuasa minda bawah sedar, NSNLP dan Hipnosis yang saya perolehi hasil dari pengalaman dan pembelajaran saya.
- Membawa keluarga saya menunaikan umrah.
- Memulakan perniagaan separuh masa saya (part-time) sebagai seorang akauntan, konsultan, coach, speaker dan hipnoterapi.
- Lebih banyak memberi dalam apa jua bentuk kepada orang yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment