Perakaunan

Tuesday, May 4, 2010

Peluang.....?

Peluang? Erm...memang ramai orang yang mencari peluang tapi tak ramai yang mendapat peluang yang di cari-cari tu. Ramai gak yang kata, peluang ader di mana-mana. Tapi berapa benar kenyataan tu. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi sekarang ni. Tapi itu kalau cuma dilihat dari perspektif keje la.

Tapi peluang tu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Mungkin peluang membeli barangan yang diidam, peluang berjumpa kawan lama, peluang bersukan, peluang berkasih sayang ('_'). Banyak la.

Aku sendiri merasa sangat bersyukur dengan peluang yang banyak ke peroleh sejak dua menjak, tiga menjak ni. Aku telah berpeluang mendapat kerja dan pulang ke johor bahru. Aku juga telah berpeluang mengenali pelbagai jenis perangai manusia untuk aku mempelajari ragam dan laku pelbagai orang. Aku juga berpeluang mengenali seseorang yang istimewa. :D

Baru-baru ni, aku dapat peluang temuduga satu lagi jawatan yang agak menarik, dari segi tanggungjawab dan skop kerja. Tapi peluang tu terpaksa aku tolak walaupun sebenarnya jawatan itu belum pun ditawarkan pada aku. Ya, memang dipanggil untuk temuduga pun sebenarnya adalah peluang.

Ini juga mengiyakan pandangan aku dulu, 'Peluang tu memang banyak, tapi peluang yang sama tak kan datang banyak kali'. Jadi peluang yang ada perlu dipertimbangkan semasak-masaknya sebelum sebarang keputusan dibuat.

p/s: Peluang untuk menambahkan dan mempelbagaikan peluang.... ;Dp

No comments:

Post a Comment