Perakaunan

Saturday, May 8, 2010

Sedapnya.....................

Sedap boleh merujuk pada banyak benda sebenarnya. Biasanya lepas kena pukul dengan mak abah sebab nakal kecik-kecik dulu pun, diorang akan tanya 'sedap tak?'. :-D

Tapi sedap selalunya berkait rapat dengan makan atau lebih tepat makanan. Kita memang tak boleh lari dari makanan. Lebih-lebih lagi yang sedap. Sampai ader yang sanggup berjalan jauh hanya untuk makan.

Pergi la kemana pun, pasti aku akan mencari apa makanan yang 'special' kat tempat tu. Kalau 'outstation', pasti la akan bertanya tentang 'specialty' sesuatu tempat yang merujuk pada tempat makan bukannya tempat perlancongan. Kebiasaannya la, dan aku pasti kebanyakan orang begitu.

Sejak bekerja di KL ni, ader la beberapa kedai makan yang menarik pernah aku kunjungi. Ader jugak yang tak menarik yang pernah aku TERkunjungi. Tapi kali ni aku nak menulis tentang satu kedai yang selalu aku datang pada hari kerja. Baik waktu tengah hari atau pun waktu pulang kerja.

Kedai makan atau lebih sesuai dipanggil gerai makan tu terletak dalam kawasan kampung baru yang memang terkenal dengan pelbagai juadah makanan. Gerai ni kami panggil kalasan atau pun kedai milo. Kalasan kerana ayam goreng kampungnya yang juga dipanggil ayam kalasan manakala kedai milo kerana nama panggillan tuan kedai merangkap tukang masak yang di panggil milo.

Apa yang sedap kat kedai milo? Secara ringkasnya, hampir semua masakannya. Yang istimewa dan selalu kami oder semestinya ayam goreng kalasan. Ayam yang digoreng dengan rempah dan dihidang bersama habuk-habuk rempah tu memang enak. Rasanya tidak sama dengan ayam rempah yang biasa dijual. Yang menjadikan ayam tu lebih enak adalah sambal kicapnya yang cukup rasa pedasnya.

Makanan lain yang juga enak di situ adalah mee/kuew tiaw kungfu, mee sup, nasi goreng cendawan, sup tulang/daging, ayam/daging goreng kunyit, dan banyak lagi. Nasi goreng yang pelbagai tu pun mempunyai rasa yang enak, tidak seperti di sesetengah kedai yang mana rasa semua nasi goreng adalah sama. Satu je perkara yang perlu diambil perhatian....banyak jerangkap samar pada hampir semua masakan di situ. Maksudku jerangkap samar tu ialah cili hijau dan merah yang banyak.

Makan di gerai kecil dengan masakan yang sedap, di tambah pula dengan harga yang berpatutan. Memang berbaloi...!!!

p/s: patut la berat badan pun naik berbaloi-baloi....hahahaha

No comments:

Post a Comment