Perakaunan

Sunday, May 2, 2010

RUANGAN BLOGGER TEMU: Boring

Ini adalah kali pertama aku memberikan peluang kepada seseorang untuk menulis bagi pihak aku di dalam blog aku. Mungkin juga ini adalah kali pertama dalam sejarah pem'blog'an Malaysia mahupun antarabangsa. Tapi ini cuma jangkaan aku saja. Apapun ini selaras dengan blog aku punya intro: Feel free to share ur MIND to.

p/s: Selepas ini aku tak akan menulis sebelum penulisan dari tetamu blog aku jadi RUANGAN BLOGGER TEMU akan menunjukkan bahwa ia dr rakanku. Enjoy....


Boring...
Kenapa la rasa boring... betul ke boring ni satu sifat reaktif manusia kpd persekitaran..tak boleh ke iron man, sailormoon, doraemon dan semua sifat superhero dunia membantu menukarkan boring kepada satu bentuk sifat atau molekul2 lain yg ada dlm dunia..walaupun dalam bentuk sepasang selipar jepun..yang akan kupakai walaupun untuk membeli nasi lemak ikan masin di pasar tani.
Ada orang cakap hidup umpama makanan... kena ada rasa..pahit, manis, masam, masin, pedas... baru le ada feel.. dah macam masak siakap 5 rasa la kot...agaknya boring ni ada dalam kategori mana ye...

Ada banyak sebab yang menimbulkan keboringan... tak payah la kita sibuk-sibuk nak define boring tu apa... zaman sekarang ni, budak kecik pun bleh cakap kat mak bapak diorang boring nye kalau tak boleh main kat luar ke..tak leh main computer ke...kalau kita yang dah hampir sampai ‘expiry date’ ni tak paham..memang bermasalah dengan otak...sereblum..serebrum..medula oblongata hahaha...

Aku yakin..boring ni memang bersaudara rapat dengan ‘give up’...bila mereka bergandingan, memang kuasa ironman tidak mampu mengalahkan mereka lagi... hah korang bayangkan le macamana kalau ironman pun dah give up dari menyelamatkan bumi...bygkan flashman pun dah tak nak kuarkan flash lagi...hmm..susahkan...walaupun dia hanya nak savekan battery.

Aku fed up bila mengusahakan sesuatu, tapi tidak berjaya... menukarkan dependent variable X kepada Y...menukar proses A-Z ke proses Z-A. Apapun aku terima hakikat, stereng kereta memang boleh dikawal, tapi bukan otak manusia. Ntah ler...Aku give up semua perkara rasanya terlalu susah... macam belajar calculus, macam hafal company law pun ada jugak... tapi mungkin sebenarnya aku masih belum cukup berusaha. Ataupun aku sebenarnya lemah untuk mengusahakan sesuatu itu..ntah ler.. tapi inilah sebab bunga-bunga boring timbul, sekurang-kurangnya dalam kes aku sekarang.

Apapun boring dan give up bukan boleh diubati dengan berjumpa dengan doktor, jumpa bomoh atau buat acupuncture...ubatnya ada dalam hati dan fikiran kita.. saat ni yang selalu terngiang-ngiang di kepala aku ialah satu kata-kata semangat “BERSABARLAH.. KERANA ORANG YANG SABAR IALAH ORANG YANG MENANG”... walaupun aku bukan nak menang pun...

Dari inspirasi minda: Z

No comments:

Post a Comment