Perakaunan

Monday, February 27, 2012

THINK BIG

"If you are going to be thinking anyway, you might as well THINK BIG" - Donald Trump
Terjemahan Tak Rasmi: Kalau kamu memang perlu berfikir, lebih baik kamu berfikir secara besar.


Saya amat menyukai dan bersetuju dengan apa yang Donald cuba sampaikan. Kenyataan ini amat dekat dengan potensi kuasa minda kita. Secara tak langsung Donald memberitahu kita bagaimana kuasa minda mempengaruhi potensi kekayaan dan kejayaan kita.
Dari pandangan saya, adalah perlu untuk kita berfikiran besar dalam apa jua yang kita lakukan, supaya kita menggunakan sepenuhnya bakat dan keupayaan yang telah diberikan kepada kita. Seperti kata-kata Presiden Indonesia, Soekarno, "Capailah cita-citamu setinggi langit! Bermimpilah setinggi langit! Kerana seandainya anda terjatuh, maka anda akan terjatuh diantara bintang-bintang."

Dengan berfikiran besar juga secara tidak langsung kita menunjukkan rasa syukur kepada Pencipta kita. Disebabkan rasa bersyukur ini, kita berfikiran besar dan melaksanakan yang terbaik dengan apa yang telah DIA kurniakan kepada kita. "Bekerjalah seperti kita akan hidup seribu tahun lagi, beramallah seperti kita akan mati esok hari."

Mungkin ada suara-suara kecil yang akan berkata "Kenapa nak fikir besar-besar, pepatah melayukan kata 'Ukurlah baju di badan sendiri'. Dah kita mampu buka gerai, jadi buka gerai je la, takdenya nak pikir buka restoran bercawangan bagai...." Saya tahu, sebab saya yang dulu pun akan cakap macam tu.

Bagi kat saya orang-orang macam ni, saya akan bantu mereka berfikiran besar. Saya akan 'inspire' mereka jika mereka memang mahu berubah. Contoh mudah yang saya boleh bagi sekarang ialah kalau anda minat berniaga goreng pisang dan cuma mampu buka gerai tepi jalan, jadi bukalah gerai dulu. TAPI berpikiranlah secara besar, "Aku akan buka lagi 5 gerai dalam masa 2 tahun." Maka anda akan berusaha membuat goreng pisang yang sedap, sistem yang boleh beroperasi dengan baik dan database pelanggan. Setelah semua itu ada, anda bolehlah buka gerai ke-2 dan agihkan rezeki kat orang. Maksud saya, gajikan orang. Kalau sistem anda berkesan, tak mustahil lama kelamaan anda tak payah goreng pisang, anda cuma perlu ronda kutip duit dan database. Dan tak mustahil kalau lepas ni ada Franchise Goreng Pisang pulak.
Kalau ada yang cakap, "Borak je ni", "Boleh ker"....contoh paling mudah adalah Otai Burger, kajilah macam mana gerai burger tepi jalan boleh ada franchise.
Jom kongsikan fikiran / matlamat anda yang besar supaya kita sama-sama boleh berkongsi dan juga doakan.

p/s: Jom makan beger...dilllll. Besar punya....

2 comments:

  1. nice info bro...thanks, bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lenggan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap gak makan pekasam....hihi
      Jadi dah mula THINK BIG?

      Delete