Perakaunan

Thursday, March 1, 2012

Masa hidupnya baik betul dia tu..........

P. Ramlee (1929-1973) dianugerahkan dengan gelaran Tan Sri pada tahun 1990 iaitu setelah 17 tahun pemergiannya. Sudirman (1954-1992) dianugerahkan dengan gelaran Dato’ juga setelah 17 tahun pemergiannya iaitu pada tahun 2009.

Ini adalah contoh terdekat dengan  kita, terutamanya mengenangkan genapnya 20 tahun pemergian Sudirman pada bulan Februari lalu. Ini contoh bagaimana seseorang itu lebih/semakin dihargai setelah ketiadaan mereka.
Kalau ikut kata orang putih, macam ‘take thing for granted’ la. Saya lebih suka melihat dalam kehidupan seharian kita, bukan kehidupan artis. ‘Point’ utama saya ialah masa ada tak ramai nak ucap terima kasih ke, bagi hadiah lagi la jauh. Tak semua la, tapi kebanyakannya macam tu la.

Dalam persekitaran kerja pun macam tu. Bila orang nak berhenti barulah sibuk-sibuk nak buat majlis ‘farewell’.  Meraikan pemergian, bukannya nak meraikan kebolehan, kejayaan, kehebatan atau kebaikan orang itu. Itu pun kalau ada ‘farewell’, kalau takde rai la sorang-sorang. Tapi mungkin juga mereka sebenarnya meraikan sebab seronok, tak payah nak jumpa lagi kat opis… ;p

Yang lebih menyedihkan, dalam perhubungan kekeluargaan pun macam tu,
· Ucap cinta dan sayang pada pasangan pada bulan Februari je. Bulan lain ader….bukan tak ader, tapi jarang sangat.
· Ucap terima kasih kat mak abah bila tiba bulan lima, Hari Ibu dan bulan enam, Hari Bapa.
· Selain tu, adalah ucap masa sambut hari jadi atau anniversary.


Minta maaf pun macam tu. Kalau pasangan tak merajuk sampai seharian tak bercakap, payah bebenor nak mintak maaf. Paling-paling selalu minta maaf, ada yang sampai nangis-nangis leleh air hidung, masa pagi raya. Itu pun ada yang tak sampai petang raya dah gaduh balik. Ye la…’awak ni mekap lama sangat’ ‘awak kalau dah jumpa leman (bukan orang sebenar), tak ingat dunia’…macam-macam poin nak cari gaduh.


Cuba amik masa kejap, renung dan ingat kembali kali terakhir anda minta maaf dengan keluarga, pasangan dan orang-orang sekeliling anda? Bila pula anda nyatakan betapa gembira dan bermaknanya hidup anda dengan adanya mereka dalam hidup anda? Dan hari ini tunjukkan rasa penghargaan dan kasih saying kepada semua orang. Pasti ada sekelumit benda baik yang datang dari mereka. Mari kita sama-sama amalkan. Pasti hidup kita lebih kaya dengan senyuman, kesyukuran dan kebahagiaan.

p/s: Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup saya (just to name a few):
1. Keluarga saya: Bakar Taha (Abah), Intan Mariamah (Mak), Shima/Naz (Akak), Nurul/Enun (Adik) dan Ckin (Adik)
2. Tunang: Aila Mamat (dan InsyaAllah, Isteri dalam tahun ini..doakan ye)
3. Rakan Kongsi / Sematlamat: Nizam Hashim, Nazrin Zam
4. Sahabat Seperjuangan (Ex-Deloitte): Abas, Aja, Earda, Ju, Yull, Zana, Rozek, Fahmi dan ramai lagi
5. Rakan-rakan NS-NLP: Andrew Tham (Mentor NS-NLP), Hamim Shahril dan Farah suami isteri, ET (Extra Tasty), Intan Suhaila, Julia Jmy, Azamila (Actfrix) dan ramai lagi.
Wow!!! Just realizing there sooooo…….many GREAT people in my life and I haven’t list them all….. if your name was not listed doesn’t mean you are not special to me. SAYA BERTERIMA KASIH DAN MENGHARGAI KEHADIRAN KALIAN DALAM HIDUP SAYA!!!

No comments:

Post a Comment