Perakaunan

Tuesday, April 27, 2010

Kenalan, Teman, Kawan, Sahabat?

Terasa gak nak menulis dalam bahasa melayu pulak. Mungkin bertukar-tukar sekali sekala. Perkataan perkataan di atas macam sama tapi sebenarnya tak serupa. Pada saya, perkataan tu berbeza pengertian dan kekuatannya. Cuba renungkan apa pendapat saya ni.

Kenalan: Ada seorang guru pernah bagitau secara berjenaka, 'kalau kenal orang maknanya kita pernah main golf dengan orang tu'. Pada saya, kenalan tu seorang yang kita hanya kenal sekadarnya. Mungkin hanya berjumpa sekali, kenal nama tapi tak rapat. Kemudian lama tak jumpa. Bila jumpa kita tau kita kenal orang tu.

Teman: Dulu ada satu lagu nasyid... ku mencari-cari, teman yang sejati..... Tapi pada saya, teman ni orang yang bersama kita kemana-mana. Tidak semestinya setiap masa, tapi pada bila-bila masa. Mungkin hanya pada waktu sarapan. Tu pun mungkin sekali dalam sebulan.

Kawan: Dalam tahun 90an dulu kot, Ella ada berlakon filem 'Hanya Kawan' dengan Han Isaac. Lebih kurang macam filem tu ke? Tak jugak. Saya rasa kawan ni orang yang rapat dengan kita. Yang kenal siapa kita. Apa yang kita suka dan apa yang kita benci. Kita pun semestinya kena la kenal kawan kita seperti kita mahu kawan itu kenal kita.

Sahabat: Sahabat sejatiku, hilangkah dari ingatan mu...nyanyian SheilaOn7. Memang 'best' lagu tu. Kisah perkongsian hidup dua orang sahabat. Memang itu yang saya rasa. Sahabat adalah kenalan, teman dan kawan. Malah lebih dari itu. Sahabat juga adalah orang yang sedia berkongsi suka dan yang lebih penting juga duka. Bukan sekadar dari sang sahabat tapi juga kepada sang sahabat.

Pastinya, semua orang mahukan sahabat. Hanya sahabat akan mempunyai sahabat. Maka, jadilah sahabat kepada semua orang.

p/s: Mahu menjadi sahabat kepada sahabat, sahabat kepada kawan, kawan kepada teman, dan juga teman kepada kenalan. :D

2 comments:

  1. kenalan..kenal gitu2 ajew..ada stgh orang kita sengaja nak dia jadi kenalan ajer...stgh orang lak kita sungguh2 nk dia jadi sahabat kita...hmmm susah nak dijelaskan knp yer..

    ReplyDelete