Perakaunan

Sunday, May 2, 2010

Last month...........

Sedar tak sedar dah 4 bulan berlalu untuk tahun 2010 ni.
Sedar tak sedar dah setahun lapan bulan aku bekerja di KL.
Sedar tak sedar dah lima tahun aku bekerja, dan semuanya sebagai 'auditor', tak kira la 'external' atau pun 'internal'.
Sedar tak sedar juga tinggal sebulan je lagi aku akan bergelar warga kota Kuala Lumpur sebelum aku kembali bekerja di kampung ku, ironiknya 'kampung ku' adalah Bandaraya Johor Bahru. Jadi aku masih lagi warga kota, cuma kotanya saja yang berubah.

Di bulan terakhir ni terasa macam ada batu berat atas bahu aku. Aku pun tak tahu kenapa atau pun apa yang memberatkan aku. Terasa macam ada sesuatu yang masih belum selesai. Yang aku tahu, masih ada beberapa hal yang perlu aku selesaikan.

Berkaitan kerja, masih ada tugas-tugas yang perlu diselesaikan. Kerja lapangan (fieldwork...duh, i sound silly in .....) yang perlu disegerakan, laporan yang perlu diserahkan, borang serah tugas yang perlu disi, barangan yang perlu dipulangkan dan lain-lain lagi. Itu belum lagi termasuk tugas-tugas yang tidak rasmi. Tugas yang perlu untuk memudahkan perpindahan kerja. Mungkin satu atau dua lagi aktiviti bersama rakan sekerja, mungkin karaoke ataupun berkelah. Pertukaran alamat surat menyurat untuk beberapa agensi juga belum dilakukan. Tiba-tiba teringat juga, fail-fail yang perlu di susun rapi sebelum dipindahkan ke dalam bilik fail. Apatah lagi, barang-barang yang mahu dibawa bersama. Uihhh terasa banyak perlu diselesaikan dalam tempoh yang singkat ni.

Di rumah juga ada beberapa perkara perlu diselesaikan. Barang-barang yang belum dikemas. TV percuma 42" yang nak dibawa pulang, ntah macam mana la rupa kereta aku nanti.

Kalau ditanya, kenapa aku nak pindah? Memang susah aku nak jawab. Lepas aku berfikir panjang dan masak masak, sampai hampir hangus otak aku. Dan juga makan otak-otak popia yang aku kebas dari 'officemate' aku. Tapi ini yang perlu aku buat. Semua orang akan bertanya mengenai 'pulling & pushing factor', err hampir semua sebenarnya. Aku tak berniat nak menulis pasal 'pushing factor', biarlah jadi rahsia aku, rakan sekerja, pengurus, 2nd bos, bos dan juga HR. Lebih kepada 'Pushing factor', di mana aku rasakan kerja baru adalah lebih sesuai, mencabar dan memberi aku peluang yang lebih di masa depan. Harap-harap tindakan dan pilihan aku ni betul dan tepat.

Dan juga jika ditanya, apa yang akan aku rindui kat sini? Ohhh, sukar nak di jawab. Semestinya si dia (you know who you are). Jika diberi satu pilihan (selain si dia ;D ), maka aku akan pilih..........rakan-rakan. Semua pengalaman hidup di ibukota Kuala Lumpur menjadi lebih bermakna dan bererti kerana rakan-rakan. Terima Kasih kepada semua. THANK YOU VERY VERY MUCH. THERE NO WORD TO DESCRIBE OUR FRENSHIP. Kamulah SAHABAT dan aku harap, aku juga SAHABATmu.

p/s: As I always said to my friends, especially when the will be a farewell. 'Once a friend, always a friend'

1 comment:

  1. wish you all the best best things...all the best best luck in all your current and future undertakings..make friendship as a fact, then it can never be changed.

    ReplyDelete