Perakaunan

Monday, March 12, 2012

ACTiFAST.............

Fast Action, Fast Result - Dr. Azizan Osman
Pantas Tindakan, Pantas Berhasil



Anda memang berfikiran besar dan akan mula berusaha untuk mencapainya. Anda dah mula merancang. Tapi semua itu tak berguna kalau anda tidak mula bertindak.

Ini satu fakta mudah. Selagi anda tifak bertindak, anda tidak akan ke maan-mana. Anda ada idea yang hebat tapi tiada tindakan, maka ia cuma tinggal idea.

Lagi cepat anda bertindak lagi cepat anda dapat hasilnya. Ini juga berkait rapat dengan konsep 'Energy Exchange'. Untuk dapatkan sesuatu, kita perlu berikan sesuatu. Untuk dapatkan tenaga elektrik, kita perlukan tenaga air (Hydro) atau tenaga arang. Macam tu juga dengan tindakan. Segala tenaga yang diberikan akan menentukan hasilnya. Lebih cepat anda makan, lebih cepat anda kenyang. Lebih cepat anda mula berlari, lebih cepat anda sampai garisan penamat.

Memang dalam perjalanan akan ada banyak dugaan. Mungkin ada yang akan berkata 'bukan sekarang', 'aku belum bersedia', 'nanti dulu, bulan depan baru aku mula.'

Betul. Anda memang betul. Kita perlu ada persediaan sebelum bertindak. Kita perlukan perancangan baru boleh berjaya. Fail to Plan, is Plan to Fail. Saya sangat setuju. TAPI bukan dengan asyik dengan merancang sahaja. Lepas rancang, selidik pulak...lepas tu rancang lagi. TAPI tidak BERTINDAK juga maka tak jadi apa-apa.

Cadangan saya: Dateline!!! Tetapkan masa betul-betul. Dateline memang penting. Contoh, dapat idea, tetapkan seminggu untuk penyelidikan, kemudian seminggu lagi untuk buat perancangan, lepas tu mula bertindak. Sebabnya mudah, walau macam mana pun kita rancang, adalah sangat sukar untuk semuanya berjalan  mengikut perancangan kita. Maka kita perlulah membuat plan A, Plan B dan Plan C. Untuk mempunyai plan-plan itu perlulah untuk kita sentiasa menambah nilai diri supaya sentiasa bersedia menempuh dugaan.

Selagi belum bertindak, kita tak nampak gambaran sebenar dan dugaan yang mungkin ada. Oleh itu BERTINDAK cepat.

Apa perkara yang anda bangga anda pernah lakukan? dan apa pula perkara yang anda rasa anda nak mulakan sekarang? Jom berkongsi dan kita doakan sama-sama.

p/s: cepat-cepat bertindak 'post entry', cepat sikit orang baca dan komen, juga menambah nilai diri sendiri dan orang lain.

No comments:

Post a Comment