If It Is To Be, It Is Up To Me - Zig Ziglar
Jika nak ia jadi, ia bergantung pada aku.....
'Allah mengikut sangkaan hambaNya' - Hadis Qudsi Riwayat Al-Bukhari.
Apa yang Ziglar sampaikan secara tak langsung menerangkan lagi maksud hadis tersebut.
Minda / Akal manusia merupakan anugerah yang sangat bernilai yang telah diciptakan untuk kita. Apa yang kita fikir itu selalunya benar. Jika kita fikir kita lemah, kita betul. Jika kita fikir kita bijak, pun kita betul. Kuasa minda akan sentiasa membantu kita untuk menjadi lebih baik atau lebih buruk.
Apa pun yang kita lakukan, kita bermula dengan impian, visualise dan bertindak. Hanya kita yang mampu tentukan sama ada kita boleh mencapainya atau tidak.
Tiada siapa yang boleh memaksa kita untuk berjaya atau gagal tanpa kebenaran diri kita sendiri. Apa jua yang dilakukan oleh orang-orang disekeliling kita cumalah bantuan atau halangan sementara. Pilihan untuk meneruskan atau berhenti sampai disitu, kembali kepada diri kita sendiri.
Mungkin akan ada yang berkata, "Kalau dah ketentuanNya. Nak buat macam mana. Ditentukan aku tak boleh berjaya."
Kalau mereka boleh menjawap persoalan saya ini, maka saya akan bersetuju dengan mereka. Kalau tidak, maka apa yang saya cuba nyatakan disini adalah tepat.
Soalan saya ialah, Bila kau pegi baca buku Qada' dan Qadar tu?
Memang kita perlu beriman kepada ketentuan Qada' dan Qadar, tetapi siapakah yang tahu tentangnya? Sedangkan apa pun yang kita mahu kita perlu untuk berusaha, berdoa dan setelah itu barulah kita tawakal kepadaNya. Bahkan takdir yang tertulis itu juga ada takdir Mu'allaq iaitu takdir yang belum putus. Doa dan perbuatan yang baik boleh mengubah takdir Mu'allaq ini.
Secara ringkasnya, kalau nak, kenalah berusaha sendiri. Berapa lama lagi nak bergantung pada 'tongkat' kerajaan. Nak subsidi pun kena usaha. Nak BR1M pun kena mohon, isi borang bagai der. Takdenya tiba-tiba orang bagi salam, "Saya datang ni nak bagi subsidi baja." Takde der......
Kalau nak bahasa kasar sikit, nak makan tak kan nak tunggu orang suapkan. Paling-paling pun kita kena bagitau orang kedai, "Kak, nasi goreng satu." atau pun kena mintak dengan mak, "Mak, lapar la..." Tak gitu? :D
Apa lagi, kongsi-kongsi la pandangan, pengalaman dan pencapaian anda tentang perkara hebat yang telah anda laksanakan.....
p/s: If 'this entry' is to be, it is up to me to 'write it'. Takdenya tertulis sendiri der....
Kali ni berbaloi ke Melaka !
17 hours ago
katakan boleh pasti boleh... ^^ powernya kuasa minda...
ReplyDeleteKuasa minda memang best... Itulah kelebihan manusia berbanding makhluk lain. Tapi banyak yang salah guna... ;p
DeleteSuka dengar lagu 'fikirkan boleh'
Saya dah follow blog cik iena...
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah....