Perakaunan

Wednesday, March 14, 2012

"Lu Sapa Nak Nasihat Gua???"

Pernah tak anda dengar ayat tu? Atau yang lebih kurang macam tu? atau anda yang keluarkan persoalan macam tu kat rakan anda?

Saya berada dalam persekitaran yang positif. Jadi memang ramai yang sudi memberikan nasihat secara langsung atau pun tak langsung. Terutamanya di laman sosial, facebook. Saya juga antara yang selalu mengeluarkan status-status berunsurkan nasihat, motivasi dan kadang kala keagamaan.

Mungkin ada yang tidak suka. Mungkin ada juga yang mempersoalkan 'kelayakan' atau kebolehan anda yang mengeluarkan status begini. Ayat seperti 'Poyo ah Mamat ni. Dulu dia lagi teruk. Block ah dia ni.', tak mustahil akan keluar dari mulut mereka.

Tak perlu risau dan tak perlu melatah. Teruskan status-status macam tu. Pada saya, status-status tu bukan untuk orang sangat tapi lebih sebagai ingatan pada diri sendiri. Dah terlanjur belajar sesuatu yang baik, apa salahnya berkongsi dengan rakan-rakan. Untung-untung bila kita melakukan kesilapan, rakan-rakan ini yang akan mengingatkan kita semula.

Saya teringat pula maksud Surah Al-'Asr (Masa) Ayat 1-3, Demi Masa (1) Sesungguhnya manusia dalam kerugian (2) Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihat untuk kesabaran (3)

Jadi bersabar dan teruskan nasihat dan menasihati. Jangan pula risau dan bimbang nak menasihati orang kerana merasa tidak layak dan takut diri melakukan kesilapan dan kesalahan. Sesungguhnya manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan, jadi apabila menasihati ia bukan bermakna kita ini orang yang sangat baik. Tetapi ia bermakna kita sedar tentang perkara yang dinasihati dan cuba untuk tidak melakukannya.

Berkata Ibnu Hazm, "Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorang pun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad s.a.w." (Kitab al-jami'li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi) {Kredit kepada saidinhasnam}

Perlu juga diingat, bahawa nasihat menasihati juga hendaklah mengikut adab-adabnya iaitu:-

  1. Meluruskan niat sebelum menasihati
  2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati
  3. Bersih hati semasa menasihati
  4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara
  5. Memberi waktu dan kesempatan
{Kredit kepada halaqah.net}

Apa pula pendapat anda? Nasihatkan saya juga.

p/s: Tegur dan nasihatkan saya terutama jika saya sendiri tidak mengikut apa yang saya nasihatkan......

2 comments:

  1. bagus..bagus..aku suka nasihat2 ni..hehehe...best nak share2 .. :)!

    ReplyDelete