Ini merupakan filem pertama kami
sebagai suami isteri, jadi mungkin saya sedikit ‘ selective’ dalam pemilihan
filem supaya ia dapat menjadi kenangan yang manis. Memang menjadi kebiasaan
saya yang akan memilih filem untuk tontonan kami. Asalkan bukan cerita seram…hehe,
Sayang saya pasti bersetuju dengan pilihan saya.
Ala, senget pulak
Ada dua sebab utama kenapa saya
memilih filem ini sebagai filem kami iaitu:
- Filem ini berkisarkan mengenai
perkahwinan yang bersesuaian dengan status baru kami.
- Filem arahan dan lakonan Afdlin
Shauki memang selalu saya nantikan. Merupakan pengarah kesukaan saya.
Erm..ini kali pertama rasanya saya
membuat ulasan filem. Diharap ia dapat beri sedikit gambaran kepada rakan-rakan
yang ingin menonton nanti.
Bukan hak saya, saya pinjam je..
Mengisahkan pasangan kekasih Zafrin
dan Ujie yang berkahwin dengan orang lain iaitu pilihan keluarga
masing-masing. Mereka berjanji untuk
bercerai dan meminta cerai selepas tiga hari berkahwin. Pelbagai situasi yang berlaku sepanjang 3
hari sehingga mereka mula berfikir samada perjanjian mereka ini perlu
diteruskan.
Ulasan yang bukan sinopsis
AMARAN: Mungkin mengandungi ‘spoiler’…Eh, bukan mungkin tapi memang
mengandungi ‘spoiler’, jadi berhenti membaca bagi yang tidak menyukai
‘spoiler’.
Di permulaan cerita, digambarkan
Afin dan Ujie sedang bersiap untuk majlis perkahwinan mereka, sambil saling ber’SMS’.
Sehinggalah majlis akad berlangsung dan upacara batal air sembahyang nak di
buat, barulah penonton dapat lihat yang mereka berkahwin dengan pasangan yang
berlainan.
Kemudiannya, penonton di bawa
melihat perbincangan di antara Afin dan Ujie enam bulan sebelumnya mengenai
perkahwinan dengan pasangan pilihan keluarga dan perjanjian yang dibuat oleh
mereka. Penonton juga di bawa untuk
mengimbau memori cinta lama Ujie bersama Remy (lakonan Zizan Razak) yang
mungkin menyebabkan dia tidak sanggup untuk melepaskan cintanya sekali lagi dan
melihat cinta hatinya berkahwin dengan orang lain. Memori cinta zaman sekolah Afin
bersama Balqis (lakonan Dira) juga ditunjukkan untuk menguatkan lagi desakan ke
atas Afin supaya bersetuju berkahwin dengan pilihan keluarganya.
Kemudian, di tunjukkan pula keadaan
Afin dan Juwita juga Ujie dan Armi dalam menjalani kehidupan dalam masa 3 hari
seperti yang dijanjikan mereka. Pelbagai kejadian lucu yang berlaku dalam usaha
Afin dan Ujie mengelak dari ‘bersama’ pasangan mereka. Di hari ketigalah keadaan menjadi
lebih tegang apabila mereka cuba untuk melaksanakan perjanjian mereka iaitu
bercerai dengan pasangan masing-masing.
Afin digambarkan menjadi lebih marah
apabila menemui mak Balqis, kekasih lamanya dan mengetahui bahawa mak Afin lah
yang menyebabkan mereka terpisah dulu. Sehingga akhirnya Afin telah bertindak
bodoh dengan menceraikan Juwita, isterinya dengan talak tiga.
Ujie pula menjadi serba salah
apabila menerima layanan yang baik dari Armi pada pagi hari ketiga. Armi telah
membawa Ujie ke sebuah rumah yang sedang diubahsuai yang rupakan rumah untuk
mereka tinggal nanti. Di sana juga telah tersedia makanan untuk mereka berdua.
Apabila Ujie menceritakan tentang hal dia dan Afin, Armi tidak bertindak gila
atau marah-marah tapi masih cuba untuk menasihati Ujie sehinggalah Ujie
terpikat dan tidak meminta cerai dari Armi.
Babak akhir merupakan babak di mana
Afin mencari Ujie sehingga ke KLIA apabila mengetahui Ujie tidak mahu bercerai
dan mahu ke Jepun untuk berbulan madu. Di situ lah Afin cuba memujuk Ujie
tetapi Ujie sudah tidak dapat menerima Afin lagi.
Erm..pelik pulak (Bahagian di mana saya menyuara beberapa adegan/jalan
cerita yang tak berapa nak ‘link’)
Mak Afin marahkan Balqis kerana
kononnya menghasut anaknya sehingga tidak mahu belajar di Harvard. Tapi
kemudiannya kita ditontonkan yang Afin cuma belajar di Segi College (boleh
dilihat dalam babak dimana Afin mengorat Ujie dengan bantuan kawan-kawannya)
dan Balqis yang pergi belajar di Harvard?
Watak kesukaan: Armi – Si gemuk yang nampak keras (Macam nerd pun ada) dengan perempuan
pada awal cerita, nampak kool ketika babak menari ‘popping’ rasanya (one of hip
hop dance skill), romantik dengan ‘soft side’ yang boleh meruntun jiwa semasa
di rumah yang belum siap (hari ke tiga).
Dialog paling di ingati: Banyak dialog menarik sebenarnya dalam filem ni…saya cuba senaraikan
tapi mungkin tidak setepat dialog sebenar….
Dari Armi: “Belum sedia, belum
sedia, aku dah macam kungfu panda ni” – menarik sebab mata armi yang lebam
kerana latahan mak mertua dengan badan afdlin memang ada rupa kungfu panda.
Armi kepada ujie: (Sebenarnya tak
berapa ingat dialog sebenarlah..kalau tengok lagi kena bawak kertas nak tulis
dialog romantic ni..huhu)
“Peristiwa 2 hari sebelum ni
(merujuk kepada majlis nikah mereka), merupakan hari paling penting (ke hari
paling diingati eh..tak ingatlah) dalam hidup saya. Hari itu jadi hari awak
jadi orang yang paling penting dalam hidup saya.“
“Betul ke cinta tu akan bawa bahagia
pada awak sedangkan cinta tu yang membawa awak kepada situasi sekarang? Mungkin
apa yang berlaku sekarang ni cuma nak temukan kita.”
Juwita kepada Afin (dialog gatal
sebenarnya, tapi ‘I like’..hehe)
“Abang pergilah mandi. Saya dah
mandi sebenarnya. Tapi kalau abang nak saya tolong….”
“Mana ada menara dekat sini. Bukit
adalah.” – menjawab dialog Afin yang mimpi ngeri tentang ‘menara’.
Ayah Afin kepada Afin:
“Engkau yang bertanggunjawab atas
segala pilihan yang engkau buat” – menjawab kembali dialog Afin yang
menyalahkan mak dia atas segala yang berlaku.
Ujie kepada Afin:
“Cinta yang tidak pernah Afin cuba
pertahankan?” – membalas dialog Afin apabila Afin cuba mengingatkan Ujie
tentang cinta dan perjanjian mereka.
Babak ‘best’:
1. Persembahan ghazal di majlis perkahwinan, lagunya best-best - nampaknya Afdlin cuba memaparkan budaya melayu dalam filem, caya la bro..
2. ‘Dance Battle’ – Armi melakukan ‘popping’
selepas dua battle crew menunjukkan aksi masing-masing. Afin yang cemburu
melihat riak Ujie yang terperanjat/tertarik cuba melakukan dance move sehingga
sakit pinggang. - menunjukkan musik moden pula, you best bro..
3. Nyanyian lagu ciptaan Armi oleh Armi
sendiri diiringi Acapella oleh bung-bung kontraktor rumah.
Banyak sebenarnya babak menarik,
saya bagi sikit-sikit sudah la…hehe
Pengajaran:
1. Perkahwinan bukan sesuatu yang
boleh dibuat main. Kalau pun kahwin atas pilihan keluarga, bila dah kahwin
perlulah dipertahankan perkahwinan itu.
2. Segala yang kita nak buat
perlulah difikirkan semasak-masaknya.
3. Bertanggungjawab lah atas
kehidupan anda sendiri.
Isteri saya yang comel..
Rating:
Hiburan - 5 Popcorn dari 5 Popcorn
Blockbuster – 4 Bintang dari 5
Bintang
Tengok Lagi? – Nak, nak, nak…dari 3
Nak. ;p
Lakonan:
Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Vanidah Imran, Ayu Raudhah, Zizan Nin, Dira Abu
Zahar, Ainul Aishah, Zizan Razak dan ramai lagi